2025-05-07 IDOPRESS

Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR,6 Mei- Hartalega Holdings Berhad (Hartalega) mencatatkan prestasi lebih kukuh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac ini,dengan menjana untung selepas cukai lebih tinggi berjumlah RM74 juta berbanding RM20 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan fiskal sebelumnya.
Untung sebelum cukai meningkat 25 peratus kepada RM48 juta manakala hasil melonjak 41 peratus kepada RM2.6 bilion.
Prestasi itu terutamanya dipacu oleh peningkatan kukuh dalam jumlah jualan dan disokong oleh kecekapan pengeluaran lebih tinggi,walaupun diimbangi oleh pendapatan operasi lain yang lebih rendah dan ketidakstabilan pergerakan tukaran asing yang menjejaskan prestasi pada tahun yang dilaporkan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya,Kuan Mun Leong berkata prestasi tahun penuh bagi Tahun Kewangan 2025 mencerminkan tanda-tanda pemulihan yang menggalakkan bagi sektor itu.
"Namun begitu,persekitaran operasi masih tidak menentu dan pasaran sarung tangan getah global terus menghadapi persaingan sengit,dengan bekalan berlebihan dan tekanan harga yang berterusan.
"Di samping itu,permintaan Amerika Syarikat (AS) dijangka sederhana dalam jangka pendek berikutan aktiviti pesanan awal untuk menghadapi ketidakpastian perdagangan yang berlarutan," katanya menerusi kenyataan.
Walaupun menghadapi kesan ketegangan perdagangan AS-China dalam persekitaran perdagangan global semasa,keadaan itujuga boleh menjadi faktor pendorong bagi para pengeluar Malaysia untuk menguasai semula bahagian pasaran eksport di AS.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur