2025-05-08 HaiPress

Kerajaan beri fokus untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi
KUALA LUMPUR,7 Mei - Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berkhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan Amerika Syarikat (AS) dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam laman Facebook memaklumkan,pendekatan tersebut dilaksanakan secara tenang dan seimbang.
Menfokuskan untuk melindungi kepentingan negara serta memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi.
Katanya,sebagai Pengerusi ASEAN 2025,Malaysia memainkan peranan aktif dalam memperkukuh hubungan dengan AS serta rakan dagang utama seperti China dan Kesatuan Eropah (EU).
Dalam masa yang sama,kerajaan turut meneroka peluang perdagangan baharu dengan negara-negara ekonomi sedang pesat membangun seperti Rusia dan Brazil yang menjadi sebahagian daripada usaha mempelbagaikan pasaran eksport negara.
Pendekatan tersebut sejajar dengan strategi ekonomi jangka sederhana negara yang memberi tumpuan kepada kestabilan makroekonomi,daya tahan perdagangan global dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI).
Sekali gus dapat memastikan kemakmuran yang inklusif dan mampan untuk seluruh rakyat.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur