2025-05-08 HaiPress

Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,7 Mei - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepentingan merangka strategi dan hala tuju baharu pendidikan negara secara berani dan menyeluruh menjelang pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13).
Beliau berkata dasar sedia ada perlu disemak dan disegarkan agar setiap pelaburan di bawah RMK-13 dapat membentuk sistem pendidikan yang adil,berpandangan jauh dan mampan.
“Setiap wang yang dilaburkan harus membuahkan hasil dalam sistem pendidikan yang menjulang masa depan negara yang lebih makmur dan sejahtera,” katanya menerusi hantaran di Facebook,hari ini.
Terdahulu,Perdana Menteri menerima kunjungan Menteri Pendidikan,Fadhlina Sidek bersama barisan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan bagi membincangkan strategi dan hala tuju pendidikan negara menjelang RMK-13.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk pendidikan prasekolah,latihan guru serta peningkatan kemahiran di Institut Pendidikan Guru (IPG),pelaksanaan Pembangunan Profesional Berterusan (CPD) dan pemantapan bidang Sains,Teknologi,Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Turut disentuh ialah pengajian peringkat Tingkatan Enam dan matrikulasi,isu keciciran murid,permit mengajar bagi sektor awam dan swasta serta keperluan menyusun semula Pelan Induk Pendidikan Negara agar lebih selari dengan keperluan semasa.
Datuk Seri Anwar berharap segala intipati dan iltizam daripada perbincangan itu dapat digerakkan secara tersusun,menyeluruh dan berani demi masa depan anak-anak,pendidik serta keseluruhan ekosistem pendidikan negara.
“Dunia sedang berubah pantas dan kita tidak boleh berpuas hati atau terperangkap dengan nostalgia serta perancangan silam yang mungkin sudah tidak lagi relevan,” katanya.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur