2025-05-08 HaiPress

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul/ Foto Bernama
SHAH ALAM,8 Mei - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) disaran menekankan pengetahuan mengenai ASEAN di institusi pengajian tinggi (IPT) agar negara tidak ketandusan pemimpin pelapis yang cakna terhadap isu-isu serantau.
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata perkara berkenaan amat penting berikutan perkembangan global yang menyaksikan hubungan di antara negara serantau memerlukan satu platform yang kukuh dan stabil demi kemakmuran bersama.
Beliau berkata,ASEAN mesti bergerak sebagai satu unit yang memahami antara satu sama lain dengan rantau ini mempunyai peluang yang amat luas kerana ASEAN mempunyai kira-kira 700 juta penduduk dan 40 peratus daripadanya anak muda.
"Kita perlu bekerjasama,kalau tidak kita akan hilang semangat ASEAN dan ini boleh menimbulkan konflik yang tidak diingini seperti yang berlaku di Timur Tengah,Afrika dan sekarang antara India dan Pakistan.
"Sebab itu,hubungan yang telah dibina selama hampir 60 tahun ini perlu dimantapkan,zon aman,bebas dan berkecuali ini perlu disambung supaya negara ASEAN berada dalam keadaan persaudaraan," katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Makan Malam Mesyuarat Perundingan Ke-2 Ahli Parlimen Muda Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (YPA) di sini,semalam.
Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh,Setiausaha Agung Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) Siti Rozaimeriyanty Abdul Rahman,Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Lau Weng San dan Pengerusi YPA Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Berhubung mesyuarat YPA,Johari yang juga Presiden AIPA berkata antara perkara yang telah dipersetujui menerusi mesyuarat selama tiga hari itu adalah hubungan di antara negara-negara anggota perlu terus diperkemas khususnya dalam kalangan pimpinan Ahli Parlimen muda.
"Saya juga dimaklumkan Mohd Shahar akan mengadakan lawatan ke seluruh negara ASEAN untuk mempromosikan kepada anak-anak muda khususnya supaya hubungan kita berterusan dan bukannya sekadar mesyuarat setahun sekali ini sahaja," katanya.
Berlangsung sejak Isnin,YPA menjadi platform yang memberi fokus kepada pengukuhan penyertaan belia dalam proses penggubalan dasar berkaitan isu semasa seperti merapatkan kesenjangan ekonomi,transformasi digital dan pembangunan inklusif.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur