2025-05-08 IDOPRESS

FOTO BBP PENGGARAM
BATU PAHAT,7 Mei- Seekor buaya betina seberat 410 kilogram berjaya ditangkap di Kampung Parit Gantong Laut,Taman Nira di sini pagi tadi.
Reptilia sepanjang 4.5 meter itu dilaporkan berada di kawasan kebun berhampiran sebelum berjaya ditangkap oleh penduduk setempat yang kemudiannya memaklumkan kejadian kepada pihak berkuasa.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penggaram,Pegawai Bomba Kanan II Mohd Nur Eddy Paiman berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai penemuan buaya itu kira-kira pukul 10.30 pagi.
Operasi menangkap dan memindahkan buaya tersebut turut dijalankan dengan bantuan anggota dari Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Menurutnya kerjasama pelbagai agensi itu memastikan proses kawalan dan pemindahan reptilia berkenaan berjalan lancar dan selamat.
Buaya berkenaan kemudian diserahkan kepada pihak PERHILITAN untuk tindakan lanjut mengikut prosedur sedia ada.
Tiada sebarang kecederaan dilaporkan sepanjang operasi dijalankan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur