2025-05-08 IDOPRESS

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil / Foto RTM
PUTRAJAYA,7 Mei - Malaysia bakal mencatat sejarah sebagai tuan rumah kepada tiga sidang kemuncak serentak pada 26 dan 27 Mei ini melibatkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-46,Sidang Kemuncak ASEAN-GCC dan Sidang Kemuncak Ekonomi ASEAN-GCC-China.
Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menerima taklimat mengenai persiapan sidang berkenaan dan menyifatkannya sebagai peluang besar untuk memperkukuh kerjasama serantau dengan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) serta China.
“Ini merupakan satu acara yang sangat bersejarah dan peluang baik untuk Malaysia. Ia juga memanfaatkan sidang tersebut bagi membolehkan perbincangan beberapa perkara termasuk isu-isu ekonomi serantau dan kerjasama bersama GCC serta China,” katanya dalam sidang media mingguan,di sini.
Bagi melancarkan perjalanan sepanjang persidangan,Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) membenarkan penjawat awam berkaitan untuk bekerja dari rumah (BDR),manakala syarikat swasta turut digalakkan mengambil langkah sama bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas.
Kementerian Pendidikan akan mengumumkan senarai sekolah di laluan utama yang akan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sepanjang sidang berlangsung.
Sementara itu,Fahmi berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) dijangka mengumumkan laluan utama serta lokasi strategik yang terlibat seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA),TUDM Subang,Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan hotel penginapan delegasi dalam masa terdekat.
Lebih 20,000 orang termasuk delegasi,perwakilan,peserta,urus setia dan petugas akan berhimpun di KLCC bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 dijangka menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota ASEAN bagi membincangkan isu serantau dan memperkukuh kerjasama ekonomi serta memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
Bertemakan "Keterangkuman dan Kemampanan",ASEAN 2025 menekankan penyatuan untuk penglibatan serantau serta global,selain mencerminkan komitmen kolektif rantau ini dalam membentuk masa depan yang berdaya tahan dan saksama.
Malaysia sebelum ini pernah menjadi Pengerusi ASEAN sebanyak empat kali iaitu pada 1977,1997,2005 dan 2015.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur