2025-05-08 IDOPRESS

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan / Foto Bernama
KUALA LUMPUR,7 Mei - Cadangan untuk membangunkan sebuah bangunan persidangan antarabangsa baharu sedang dipertimbangkan susulan potensi Malaysia menjadi tuan rumah kepada lebih banyak persidangan antarabangsa pada masa hadapan.
Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bangunan baharu itu diperlukan bagi menggantikan fasiliti sedia ada yang semakin terhad dan tidak lagi memenuhi keperluan semasa.
“Kita mencadangkan supaya satu bangunan persidangan bertaraf antarabangsa yang lebih baik dan sesuai dibina kerana Malaysia mungkin akan menjadi tuan rumah kepada beberapa lagi persidangan antarabangsa. Tempat yang sedia ada ini sudah lama,dan kita perlu kaji semula kesesuaiannya dari pelbagai aspek,terutama keselamatan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Penutup Latih Amal Keselamatan Kepengerusian ASEAN Malaysia 2025,di sini.
Tambah beliau,Malaysia dijangka menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara besar termasuk Sidang Kemuncak Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM),Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).
“Cadangan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Kabinet. Responnya positif. Perdana Menteri mahu ia dikaji secara teliti,dengan input daripada semua kementerian. Akhirnya,kita juga akan mendapatkan pandangan rasmi daripada pihak keselamatan,” katanya.
Antara lokasi yang sedang dikaji termasuk kawasan bekas Lapangan Terbang Sungai Besi yang kini dikenali sebagai Bandar Malaysia.
Kawasan itu berpotensi untuk dijadikan tapak pembinaan satu kompleks persidangan yang dapat memenuhi keperluan menganjurkan acara antarabangsa.
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS ketika perdagangan AS-China tegang
Industri reka bentuk pemacu ekonomi kreatif ASEAN
Niaga hadapan KLIBOR tidak diniagakan pada sesi awal
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil berikutan operasi BNM
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur