2025-05-08 IDOPRESS

LIMA 2025 mampu mencatat nilai potensi penjualan aset pertahanan melepasi rekod pada tahun-tahun sebelumnya- Foto Bernama
PUTRAJAYA,7 Mei – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2025 dijangka mencatat kehadiran pengunjung paling tinggi sepanjang sejarah penganjurannya.
Nilai potensi penjualan aset pertahanan turut dijangka melepasi rekod pada tahun-tahun sebelumnya.
Menurut Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil perkara tersebut dimaklumkan Menteri Pertahanan,Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dalam Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
“Yang Berhormat Menteri Pertahanan telah memaklumkan bahawa jumlah kehadiran yang dijangkakan adalah lebih besar daripada dua tahun yang lalu. Jumlah yang akan ditandatangani bagi apa yang disebut mungkin penjualan tinggi dari segi sales untuk aset-aset itu (penjualan aset juga dijangka lebih tinggi daripada edisi-edisi terdahulu),” katanya.
LIMA 2025 akan berlangsung dari 20 hingga 24 Mei 2025 di Langkawi.
Ia dijangka menghimpunkan pelbagai delegasi antarabangsa,syarikat industri pertahanan serta penggiat teknologi aeroangkasa dan maritim dari seluruh dunia.
Program tersebut bukan sahaja menjadi medan demonstrasi aset ketenteraan tercanggih,malah turut menjadi platform penting untuk perbincangan strategik dan rundingan perdagangan pertahanan antara Malaysia dan negara-negara rakan.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur