2025-05-08 IDOPRESS
MPP UPM bersama Prof. Dr. Zoltan Konya (Naib Rektor bagi Hal Ehwal Saintifik & Inovasi,Universiti Szeged,Hungary) dan Prof. Dr. Ir. Riri Fitri Sari (Pengerusi,UIGreenMetric) semasa hari pertama ISLMS2025
SERDANG,7 Mei- Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Putra Malaysia (UPM) mengharumkan nama universiti dan negara apabila berjaya mewakili Malaysia dalam The 3rd International Student Leaders Meeting on Sustainability 2025 (ISLMS2025) yang berlangsung di University of Szeged,Hungary,baru-baru ini.
Persidangan anjuran UI GreenMetric Office itu menghimpunkan pemimpin pelajar dari universiti seluruh dunia yang tersenarai dalam UI GreenMetric World University Rankings,dengan tema "Challenges and Pathways to a Sustainable Future".
Delegasi UPM diketuai oleh Yang Dipertua MPP,Umar Akhtar Ab Malek dari Fakulti Pertanian bersama Easwaran Vasudavan dari Fakulti Sains,Nur Shafinaz Kaus Abdul Aziz dari Sekolah Perniagaan dan Ekonomi serta Nur Annisaa Shaiful Naim dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar.
Menurut Umar Akhtar,penyertaan MPP UPM merupakan peluang berharga untuk berkongsi inisiatif kelestarian kampus serta memperluas jaringan antarabangsa.
"Kami bukan sahaja membawa nama UPM dan Malaysia malah ia juga berpeluang mempelajari amalan kelestarian dari negara lain. Penyertaan ini menyokong fokus UPM untuk mencapai kesohoran global sejajar dengan teras True Northuniversiti," katanya.
Timbalan Naib Yang Dipertua (Akademik dan Keusahawanan) MPP,UPM,Easwaran Vasudavan berkata persidangan tersebut membuka ruang pertukaran idea serta memberi peluang kepada delegasi UPM untuk merangka pelan tindakan mampan bersama pelajar dari pelbagai negara.
Sekretariat Kesenian dan Warisan Kebudayaan MPP,Nur Shafinaz Kaus Abdul Aziz berkata pengalaman tersebut telah memberi inspirasi untuk memperkasa budaya kelestarian dalam kalangan pelajar UPM.
"Saya melihat potensi besar untuk melibatkan lebih ramai pelajar dalam kempen dan projek kelestarian. Ini merupakan langkah penting untuk menjadikan UPM sebagai pusat kepimpinan kelestarian yang memberi impak positif kepada masyarakat global," katanya.
Sementara itu,persidangan tersebut telah dirasmikan oleh Naib Rektor University of Szeged,Prof. Dr. Zoltan Konya; Pengerusi UI GreenMetric,Prof. Dr. Riri Fitri Sari dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah University of Szeged,Prof. Dr. Gabor Szabo.
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham mewah
Amal by Malaysia Airline jalin kerjasama strategik bersama 13 agensi umrah
Ringgit terus mengukuh pada sesi awal menjelang pengumuman KDNK
Nahas FRU: Pemandu lori didakwa memandu berbahaya, mengaku tidak bersalah
40 lokasi lintasan gajah dilengkapi papan tanda amaran, lampu jalan
Laksana tanggungjawab dengan berintegriti - Tunku Mahkota Ismail
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur