2025-05-08 IDOPRESS

Foto fail
IPOH,7 Mei - Polis mengesahkan penemuan satu rangka manusia di sebuah ladang kelapa sawit di Ladang Bukit Besout,Jalan Kuala Slim,Slim River pada Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Muallim Superintenden Mohd Hasni Mohd Nasir dalam kenyataan berkata,pihaknya menerima panggilan pada 5.13 petang berhubung penemuan rangka itu daripada orang awam.
"Hasil siasatan yang dibuat di lokasi kejadian dengan bantuan unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya menemukan hampir keseluruhan rangka manusia berkenaan kecuali kedua-dua tapak tangan.
"Rangka berkenaan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun,Ipoh untuk bedah siasat. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat diperoleh," katanya.
Sehubungan itu,pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang kehilangan ahli keluarga,saudara-mara,rakan atau kenalan agar dapat tampil membantu siasatan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur