2025-05-08 IDOPRESS
Program Pembiayaan Mikro Zakat (AZAM) oleh Alliance Islamic Bank Berhad (AIB) berjaya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM450,000 kepada 103 usahawan mikro dalam kalangan asnaf / Foto RTM
KUALA LUMPUR,7 Mei -Program Pembiayaan Mikro Zakat (AZAM) oleh Alliance Islamic Bank Berhad (AIB),yang dilancarkan pada Disember 2023 menerusi kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM),telah berjaya menyalurkan pembiayaan berjumlah RM450,000 kepada 103 usahawan mikro dalam kalangan asnaf.
Ketua Pegawai Eksekutif AIB,Rizal IL-Ehzan Fadil Azim berkata pembiayaan tersebut telah diagihkan menerusi dua kumpulan awal,dengan setiap kumpulan menerima RM225,000.
“Kejayaan program ini bukan sekadar pada angka tetapi menerusi impak sebenar terhadap keluarga dan komuniti. Ia adalah tentang memperkukuh sumber pendapatan,memulihkan maruah dan meletakkan asas kepada ekonomi yang lebih inklusif,” katanya pada Majlis Perkongsian Laporan Keberkesanan Program AZAM,di sini,hari ini.
Menurut beliau,bagi kumpulan ketiga Program AZAM yang dijangka bermula Ogos ini,seramai 135 usahawan mikro asnaf disasarkan untuk menerima pembiayaan,dan pihaknya berharap jumlah peserta akan terus meningkat dari semasa ke semasa.
Program AZAM yang berasaskan prinsip Pengantaraan Berasaskan Nilai (VBI) dan Maqasid Shariah merupakan inisiatif pembiayaan sosial Islam pertama di negara ini yang memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengagihan zakat secara lebih mampan dan memberi impak jangka panjang.
Melalui model dana pusingan yang lestari serta pembiayaan mikro tanpa faedah berkonsepkan Qard,program ini memberi peluang kepada usahawan asnaf untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.
Ringgit terus meningkat berikutan ketidaktentuan tarif
Niaga hadapan emas terus meningkat susulan jangkaan potongan kadar faedah Fed
Indeks harga seunit besi catat penurunan pada Mei 2025 - DOSM
Sarawak sedia beralih ke pembelajaran digital
HAWANA 2025 buka tirai hari ini
Masjid Putra anjur majlis tahlil buat mangsa kemalangan UPSI di Gerik
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur