2025-05-08 IDOPRESS

Foto FB Tengku Zafrul
KUALA LUMPUR,7 Mei - Malaysia dan Bahrain komited untuk memperkukuh hubungan perdagangan dan pelaburan serta meneroka peluang kerjasama baharu dalam bidang ekonomi digital dan teknologi hijau.
Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata demikian menerusi hantaran di platform X hari ini susulan pertemuannya dengan Menteri Pembangunan Lestari merangkap Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Ekonomi Bahrain,Noor Ali AlKhulaif dan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Bahrain,Abdulla Adel Fakhro.
“Ke arah kemakmuran bersama Malaysia dan Bahrain!” katanya ringkas.
Delegasi Bahrain turut mengadakan kunjungan hormat ke atas Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI) hari ini selepas pertemuan mereka dengan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
Pada tahun 2024,nilai perdagangan Malaysia-Bahrain mencecah RM1.19 bilion dengan jumlah eksport sebanyak RM251.2 juta dan import bernilai RM943.3 juta.
Pada 2023,Bahrain merupakan rakan dagangan kesembilan terbesar Malaysia di Asia Barat,manakala Malaysia disenaraikan sebagai rakan dagang ketiga terbesar Bahrain dalam kalangan negara ASEAN dan ke-18 di peringkat global.
Aset melebihi RM3 bilion, Koperasi Tentera kekal status koperasi premier
Konflik Asia Barat tekan ringgit, susut 2.1 peratus setakat 22 Jun
Bekalan makanan dan tenaga negara stabil sehingga Disember
Nanas tembusi New Zealand, bukti produk pertanian negara diiktiraf global
Lebih 42,000 hilang kerja tahun ini – Ramanan
Garis panduan LAE dijangka siap hujung tahun ini
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur