2025-05-09 HaiPress

Foto Facebook Aznan Tamin
JOHOR BAHRU,9 Mei - Penubuhan Majlis Pembangunan Bakat Johor,JTDC menjadi platform terbaik dalam membangunkan tenaga kerja tempatan yang berkemahiran,seiring keperluan industri.
EXCO Pendidikan dan Penerangan,Aznan Tamin berkata,11 sektor utama dikenal pasti akan menawarkan peluang pekerjaan sesuai dengan pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura,JS-SEZ.
"Isunya adalah untuk memastikan tiada lagi ketidakpadanan antara industri dan juga pembangunan bakat,kami (JTDC) hendak memastikan anak-anak keluaran TVET,anak-anak keluaran university mendapatkan gaji yang lebih lumayan,"katanya.
JTDC yang ditubuhkan sejak November tahun lalu,menyasarkan 20 ribu peluang pekerjaan setiap tahun dengan gaji bermula daripada 3 ribu ringgit bagi lepasan Diploma dan 4 ribu ringgit lepasan Ijazah.
Beliau ditemui selepas Perasmian Festival Idea TVET,FESTIVET di Politeknik Ibrahim Sultan,Johor Bahru.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur