2025-05-09 HaiPress

Foto Fail
IPOH,9 Mei- Seramai 81 orang pemimpin belia di Perak diberi peranan sebagai khatib jemputan membaca khutbah Jumaat di masjid-masjid negeri Perak,hari ini.
Inisiatif itu dilaksana menjelang sambutan Hari Belia Negara 2025,15 Mei ini.
Yang Dipertua Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk),Tan Sri Mohd Annuar Zaini berkata kesemua mereka akan menyampaikan khutbah bertajuk Belia Berkeyakinan: Memenuhi Wawasan Dunia Akhirat yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).
Kesemua nama yang dipilih telah diangkat sembah kepada Sultan Perak,Sultan Nazrin Muizzudin Shah bagi mendapat perkenan baginda sebelum dibenarkan berperanan sebagai khatib jemputan di 81 buah masjid di negeri itu.
"Ia bagi mengiktiraf sistem demokrasi di masjid. Ahli jawatankuasa masjid jangan ingat membaca khutbah ini hanya diberikan kepada tugas imam tetap sahaja.
Usaha ini untuk menggalakkan mereka sama ada guru,askar,polis,doktor dan lain-lain mempunyai peluang untuk naik ke mimbar menyampaikan khutbah khusus berkaitan subjek atau kepakaran mereka," kata Tan Sri Mohd Annuar.
Beliau berkata demikian dalam sidang media yang berlangsung di Kompleks Islam Darul Ridzuan,di sini.
Beliau berharap agar semua81 pengerusi masjid yang terlibat memberi kerjasama dan menghormati keputusan itu.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur