2025-05-09 HaiPress

Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shasepanjang lawatan baginda selama beberapa hari di ekspo berprestij itu/Foto Facebook Selangor Royal Office
KUALA LUMPUR,9 Mei – Sultan Selangor,Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Pameran Dunia (World Expo) Osaka 2025 yang sedang berlangsung di Kansai,Jepun sejak 3 Mei lalu.
Baginda diiringi Tengku Permaisuri Selangor Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan mengunjungi lebih 40 pavilion negara dan pavilion khas sepanjang lawatan baginda selama beberapa hari di ekspo berprestij itu.
Menurut hantaran di Facebook Selangor Royal Office,lawatan itu merupakan penyertaan kali keempat baginda ke Pameran Dunia selepas Seville 1992,Shanghai 2010 dan Dubai 2021.
Baginda menyifatkannya pameran itu sebagai peluang pembelajaran mendalam mengenai teknologi mampan,perubahan iklim serta cabaran ekonomi dan sosial global masa depan.
“Setiap pavilion membawa mesej sejagat yang menyatukan pelbagai aspek kehidupan demi masa depan yang lestari dan harmoni,” titah baginda.
Sepanjang lawatan bermula 3 Mei,baginda berkenan menelusuri pavilion pelbagai negara termasuk Austria,China,Australia,Korea,Arab Saudi,Sepanyol,Turkiye,UAE,Jepun,Kanada,UK,Brazil,Egypt dan banyak lagi.
Pada 5 Mei,baginda turut berkenan merasmikan Minggu Selangor di Pavilion Malaysia yang mengetengahkan tema “Building a Resilient Future”,mempamerkan kekuatan negeri Selangor dalam aspek teknologi,budaya,dan kepimpinan belia.
Ketibaan baginda disambut oleh Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Amirudin Shari.
Lawatan baginda sekeluarga turut diabadikan menerusi gambar kenangan berlatarbelakangkan Pavilion Gundam Next Future serta simbol ekspo,Grand Ring,yang mana baginda dan keluarga turut menyaksikan panorama matahari terbenam dari mercu ikonik itu pada 6 Mei lalu.
Pameran World Expo Osaka 2025 dijadual berlangsung sehingga Oktober 2025 menghimpunkan penyertaan dari 158 buah negara.
Ia menjadi platform antarabangsa untuk menampilkan inovasi dalam teknologi,penyelesaian sosial,seni bina serta prospek masa depan global.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur