2025-05-09 HaiPress

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,Pengerusi Majlis Sosial Negara
KUALA LUMPUR,9 Mei – Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan komitmen kerajaan dalam menangani isu-isu kritikal sosial,menerusi pelbagai langkah strategik hasil Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bil. 1 Tahun 2025.
Beliau memaklumkan,kerajaan bersetuju memperkasakan pendekatan bersepadu dengan dua keputusan utama telah dicapai.
Antaranya ialah penubuhan Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah bagi menyelaras pendaftaran,kurikulum serta kebajikan tenaga pengajar institusi seperti PASTI,dan pembentukan pasukan petugas khas untuk membendung impak sosial dalam kalangan pelajar tercicir.
Kesejahteraan 560 kanak-kanak di bawah pengurusan GISB Holdings turut diberi perhatian,dengan kerjasama pelbagai kementerian dan agensi. Sebanyak RM1.2 juta diperuntukkan untuk program pemulihan serta pembangunan jati diri kanak-kanak terbabit.
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid juga menekankan keperluan mendesak mewujudkan sistem penjagaan jangka panjang bagi warga emas,menjelang unjuran peningkatan 15 peratus populasi berumur 60 tahun ke atas menjelang tahun 2030.
“Majlis Sosial Negara menekankan kepentingan menstruktur semula sistem sokongan sosial negara agar lebih mampan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada kewangan kerajaan,” katanya.
Beliau turut menyeru seluruh jentera negara untuk mengamalkan pendekatan sepadu menyeluruh dalam memastikan kestabilan sosial yang inklusif,berdaya tahan dan sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur