2025-05-09 HaiPress

Foto RTM
TAWAU,9 Mei- Kerajaan Persekutuan berjaya mempertahankan kedaulatan negara daripada tuntutan tidak berasas pihak yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu,kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi,Datuk Ewon Benedick.
Beliau berkata kejayaan itu merupakan satu legasi penting yang akan terus dikenang oleh rakyat,khususnya di Sabah yang sekian lama terkesan dengan polemik sejarah berkenaan.
"Menangani tuntutan Sulu yang telah difailkan oleh pihak tertentu di beberapa mahkamah di luar negara,kita telah memperoleh kemenangan.
"Ini membuktikan bahawa tuntutan Sulu tersebut tidak berasas dan merupakan satu kejayaan yang sangat signifikan dan amat bermakna yang telah dicapai oleh Kerajaan MADANI.
"Saya pasti rakyat Sabah akan menghargai serta melihatnya sebagai satu legasi penting yang telah dicapai oleh Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,dan saya berbangga menjadi sebahagian daripada anggota Kabinet Persekutuan," katanya pada Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 di sini hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pasukan petugas khas yang diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi),Datuk Seri Azalina Othman Said,yang telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan itu di mahkamah antarabangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur