2025-05-09 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR,9 Mei- Kadar jangka pendek diunjurkan kekal kukuh pada Jumaat dengan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM24.45 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.13 bilion dalam sistem Islam.
Hari ini,BNM akan menawarkan tiga tender repo berbalik meliputi tender bernilai RM3.4 bilion bagi tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion bagi 94 hari.
Bank pusat juga akan melaksanakan tender repo berbalik semalaman RM2.0 bilion bagi empat hari.
BNM juga mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan komoditi bercagar murabahah dengan tempoh seminggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukuk 4.00 petang,BNM akan menawarkan tender semalaman konvensional sehingga RM32.3 bilion dan tender semalaman murabahah RM23.0 bilion.- BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur