2025-05-09 HaiPress

Timbalan Presiden MATA,Datuk Jeffri Sulaiman
KUALA LUMPUR,8 MEI - Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) bakal memperkukuhkan rangkaian kerjasama dengan negara serantau dalam usaha mempromosikan Asean sebagai hab pelancongan global.
Timbalan Presiden MATA,Datuk Jeffri Sulaiman berkata,persatuan itu akan memperluaskan tawaran pakej pelancongan yang merangkumi beberapa negara di rantau ini.
''Kami tidak lagi mempromosikan hanya satu negara,sebaliknya bekerjasama dengan persatuan pelancongan di Singapura dan Thailand untuk membolehkan pelancong melawat tiga negara serentak.
''Perjalanan akan bermula di Singapura,kemudian Malaysia dan berakhir di Thailand.
''Ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pemain industri di tiga negara dan malah turut menguntungkan pelancong.
''MATA akan melanjutkan inisiatif pelancongan ini ke Vietnam dan juga Laos. Selepas memulakan pakej ini tahun lepas,kemasukan pelancong dari Indonesia semakin meningkat,melalui tiga negara iaitu Singapura,Malaysia dan Thailand,'' katanya selepas menjadi tetamu program Biz Malaysia di RTM.
Sementara itu katanya,MATA akan terus mempromosikan Malaysia sebagai peneraju dalam pelancongan mesra muslim global pada penganjuran Ekspo Pelancongan & Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) dan Festival Kebudayaan & Kesenian Dunia (WCAF).
Acara yang bakal diadakan pada 22 hingga 24 Ogos 2025 di Sunway Resort Hotel,menyasarkan kehadiran lebih 10,000 ribu pengunjung dan 2,000 ribu pembeli daripada kalangan ejen pelancongan di rantau ini dan seluruh dunia.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur