2025-05-09 HaiPress

Foto Fail
KUALA LUMPUR 8 Mei- Institut Pengurus Harta dan Fasiliti Malaysia (MIPFM) merayu Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk mengecualikan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) ke atas yuran penyelenggaraan hartanah komersial berstrata.
Presidennya,Ishak Ismail turut memohon agar kerajaan dapat mempertimbangkan semula pelaksanaan cukai tersebut terhadap caruman dana pembaikan hartanah berkenaan yang telah dikenakan mulai Februari 2024 dengan kadar sebanyak enam peratus.
MIPFM berkata pihaknya amat prihatin berhubung kesan daripada pelaksanaan SST ke atas para pemilik dan penduduk hartanah komersial berstrata.
Ini terutama dengan isu peningkatan kos sara hidup yang amat dirasai mereka.
"Cukai itu akan mengurangkan dana untuk kerja-kerja pembaikan dan penyelenggaraan berkala kawasan umum. Ia juga bertentangan dengan tujuan asal yuran itu dan menambah tekanan kewangan tambahan kepada pemilik rumah,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Ishak,secara lazimannya,dana tersebut bertujuan untuk perbelanjaan jangka panjang utama seperti penggantian lif uzur dan pembaikan bangunan yang dikutip dan diuruskan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bersama hartanah itu.
"MIPFM percaya dasar ini bukan sahaja tidak konsisten dengan prinsip percukaian saksama,tetapi ia juga menghukum pemilik kerana memenuhi kewajipan mereka untuk menyelenggara dan mempertingkatkan hartanah penduduk sendiri," jelasnya.
Beliau turut menggesa pendekatan dasar lebih holistik serta diadakan rundingan melibatkan pihak berkepentingan seperti pengurus hartanah berdaftar dan badan pengurusan bersama bagi memastikan kemampanan perkhidmatan pengurusan hartanah di Malaysia.
SOUEAST returns to Dubai Fashion Week as official automotive partner, redefining aesthetics of mobility
Pengaruh Thailand dengan berjuta-juta pengikut berpusu-pusu ke Gunung Emei untuk perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bertaraf antarabangsa, menjadikannya tarikan utama
Daripada Bon Perbendaharaan AS kepada Komoditi Fizikal: BullNus Cuba Membina Kitaran Tertutup Perniagaan RWA Berpacukan "Dunia Fizikal"
Pelindung dalam Pasaran Volatil: Kepentingan 'Copy Trading' Terjamin Modal Websea
RF RACER Brand Leverages Motorsport Heritage for Engineering Excellence
Paradigma Baharu untuk Laluan Pengundian: Daripada Pengagregatan Maklumat kepada Pengaset Konsensus, Penentuan Kedudukan dan Pelaksanaan Praktikal OracleX.
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur