2025-05-09 HaiPress

MPC akan pastikan dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan.
KUALA LUMPUR,8 Mei - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3 peratus.
Menurut BNM,penunjuk terkini menunjukkan pertumbuhan dan perdagangan global berterusan,disokong permintaan dalam negeri dan aktiviti yang dilakukan lebih awal .
Prospek pertumbuhan global pula akan terus disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif,dasar monetari yang kurang ketat dan rangsangan fiskal.
Walau bagaimanapun,langkah-langkah tarif yang diumumkan oleh Amerika Syarikat dan tindakan balas telah melemahkan prospek pertumbuhan dan perdagangan global.
Prospek itu kekal tertakluk pada ketidakpastian yang ketara,termasuk hasil rundingan perdagangan dan ketegangan geopolitik.
Ketidakpastian itu juga boleh menyebabkan volatiliti pasaran kewangan global yang lebih ketara.
Melangkah ke hadapan menurut BNM,di peringkat domestik,kegiatan ekonomi negara terus berkembang pada suku pertama,didorong permintaan dalam negeri yang mampan dan pertumbuhan eksport yang berterusan.
''Ketegangan perdagangan yang semakin meruncing dan ketidakpastian dasar global yang ketara akan menjejaskan sektor luaran.
''Namun,kesan kepada eksport akan diimbangi oleh permintaan berterusan terhadap barangan elektrik dan elektronik serta perbelanjaan pelancong yang lebih tinggi.
Mengulas lanjut,risiko kepada prospek pertumbuhan cenderung untuk menyederhana,ekoran kelembapan ekonomi rakan-rakan dagangan utama,sentimen yang lebih lemah,serta pengeluaran komoditi yang lebih rendah daripada jangkaan.
''Sebaliknya,hasil rundingan perdagangan yang positif dan dasar yang menyokong pertumbuhan di negara-negara maju serta aktiviti pelancongan yang lebih giat berupaya meningkatkan prospek pertumbuhan Malaysia,'' menurut bank pusat.
''Pada tahap OPR semasa,pendirian dasar monetari adalah konsisten dengan penilaian semasa berkenaan prospek inflasi dan pertumbuhan,'' jelasnya.
MPC terus memantau perkembangan semasa dan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan .
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur