2025-05-12 HaiPress

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Felda Teloi Kanan,Baling petang semalam,diteruskan hari ini / Foto RTM
BALING,12 Mei - Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Felda Teloi Kanan,di sini petang semalam,diteruskan hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling,Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Zulkhairi Mat Tanjil berkata operasi diteruskan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K-9),bot penyelamat serta Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang membuat rondaan dan pemantauan di sekitar kawasan sungai tersebut.
"Operasi turut dibantu oleh pihak polis,Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan penduduk kampung," katanya menerusi kenyataan.
Dalam kejadian petang semalam,mangsa,Mohd Hakim Fikri Hishamuddin dikhuatiri lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah keluarganya.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur