2025-05-12 IDOPRESS

Foto Facebook Pejabat SUK Perlis
KANGAR,12 Mei - Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah menyeru semua pihak agar memperkukuh pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri ini,yang berlandaskan al-Quran dan sunnah.
Baginda bertitah,sokongan perlu diberikan kepada penganjuran program ilmu dan kegiatan bermanfaat demi menghidupkan ajaran Islam yang murni serta menolak unsur tahyul dan khurafat yang bertentangan dengan ajaran Nabi Muhammad S.A.W.
"Makmurkanlah negeri ini dengan memperkasa segala kebaikan yang ada agar lebih ramai mendapat manfaat,” titah baginda ketika berkenan berangkat menutup Program Perkampungan Sunnah Siri Ke-10 Tahun 2025 di sini,malam tadi.
Turut berangkat Raja Perempuan Perlis Tuanku Tengku Fauziah Almarhum Tengku Abdul Rashid,Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Tuanku Syed Sirajuddin turut menegaskan Perlis merupakan benteng pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menolak penyalahgunaan istilah agama seperti ‘ambil berkat’,‘keramat’,dan mimpi melihat Rasulullah S.A.W.
Program Perkampungan Sunnah bertemakan “Mengangkat Kebijaksanaan,Meruntuh Kedangkalan” berlangsung dari 9 Mei hingga semalam,dengan penyertaan hampir 60 penceramah dari dalam dan luar negara termasuk Arab Saudi,Indonesia dan Singapura. - BERNAMA
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur