2025-05-12 IDOPRESS
Bagi kumpulan kali ini dua bidang utama yang ditawarkan latihan Automasi Industri dan bidang Kenderaan Elektrik
KUALA LUMPUR,12 MEI - Seramai 45 belia akan berangkat ke China bagi mengikuti latihan kemahiran di bawah Program Malaysia-China Youth TVET Training (MCYTT-MITRA).
Kumpulan tersebut merupakan sebahagian daripada 500 bakat belia TVET dalam kalangan masyarakat India yang akan dihantar secara berperingkat ke China bagi mendapatkan pengalaman mobiliti antarabangsa.
Menurut Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran,program MCYTT-MITRA bertujuan memperkasakan peserta melalui latihan industri bertaraf global di institusi TVET terkemuka di China,sekali gus meningkatkan kemahiran dan daya saing mereka dalam pasaran kerja.
"Latihan ini memberi tumpuan kepada pembelajaran hands-on,pemindahan teknologi,dan pembangunan disiplin kerja dalam suasana industri sebenar,sekali gus menjadikan peserta lebih bersedia dan kompetitif dalam pasaran kerja masa kini." katanya dalam satu kenyataan.
Bagi kumpulan kali ini,dua bidang utama yang ditawarkan ialah Automasi Industri yang disertai 20 peserta di SANHE Vocational Education Center,Hebei,manakala 25 peserta lagi menjalani latihan dalam bidang Kenderaan Elektrik di Anhui Water Conservancy Technical College,Anhui.
Program MCYTT-MITRA adalah inisiatif kerjasama antara Unit Transformasi Masyarakat India (MITRA),Malaysia-China Institute (MCI),BELIA MAHIR dan TANG International Education Group dari China.
Ia juga merupakan ilham Timbalan Perdana Menteri Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara,sebagai pendekatan holistik untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan menerusi konsep “finishing school” bertaraf antarabangsa.
MCYTT dilihat sebagai pelaburan strategik negara bagi melahirkan tenaga mahir yang mampu mengisi keperluan industri masa depan,selaras dengan usaha memperkasa TVET sebagai laluan utama pembangunan negara.
Global Times: 'What I witnessed in Xinjiang will be seen by more visitors from West'
Pengeluaran getah asli susut 37.3 peratus pada April
Laporan integrasi ASEAN dibentang September ini
Firma penyelidikan kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2025 pada 4.0 peratus
RUU Warga Emas dalam fasa libat urus bersama pihak berkaitan, berkepentingan
Lebih 430,000 permohonan memasuki Program TVET
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur