2025-05-12 IDOPRESS

Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2025) perlu memberi penekanan kepada usaha memperkasa syarikat tempatan,khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS),agar mampu menembusi pasaran antarabangsa menerusi inovasi / Foto Hiasan
PUTRAJAYA,12 Mei - Penganjuran Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2025) perlu memberi penekanan kepada usaha memperkasa syarikat tempatan,agar mampu menembusi pasaran antarabangsa menerusi inovasi,kataPerdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah berkata Datuk Seri Anwar turut menekankan LIMA 2025 bukan sekadar pameran aset dan teknologi,tetapi merupakan medan strategik untuk membina kerjasama antara kerajaan,industri dan institusi pendidikan.
“LIMA 2025 akan menghimpunkan pemain utama dalam sektor pertahanan dan penerbangan komersial,termasuk dalam bidang penyelenggaraan,pembaikan dan baik pulih (MRO),Internet Benda (IoT),satelit dan teknologi angkasa,” katanya dalam taklimat harian Pejabat Perdana Menteri,di sini hari ini.
Datuk Seri Anwar berkata,penganjuran LIMA 2025 mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh kedudukannya sebagai hab teknologi maritim dan aeroangkasa di peringkat serantau dan global.
Selain itu,LIMA 2025 dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui usaha menarik pelaburan langsung asing (FDI) serta merancakkan sektor pelancongan dan perdagangan antarabangsa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur