2025-05-12 IDOPRESS

FOTO FB Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
KUALA LUMPUR,12 Mei- Malaysia terus melangkah ke hadapan dalam bidang inovasi dan teknologi apabila Kementerian Sains,Teknologi dan Inovasi (MOSTI) hari ini melancarkan Minggu MOSTI,sebagai sebahagian daripada persiapan dan penyertaan negara ke Ekspo 2025 Osaka di Jepun.
Ekspo yang bertemakan "Designing Future Society for Our Lives" akan menjadi pentas global bagi Malaysia mempamerkan teknologi tempatan dan menjalin kerjasama strategik dengan komuniti antarabangsa.
Malaysia menyertai ekspo berprestij itu bawah tema Pavilion "Menjalin Masa Depan Dalam Harmoni" atau “Weaving a Future in Harmony”.
Ketua Setiausaha MOSTI,Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad,dalam ucapan perasmian berkata,penyertaan Malaysia di Osaka adalah lanjutan kepada kejayaan Ekspo 2020 Dubai,yang sebelum ini berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan melebihi RM70 bilion.
“Kita mengekalkan pendekatan yang sama tetapi dengan penambahbaikan agar impaknya lebih besar dan berterusan,” jelas beliau.
Antara teknologi dan produk berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan yang bakal diketengahkan termasuk GenSense,iaitu teknologi penderiaan generasi baharu yang mampu memberikan data pintar secara masa nyata; Model Stesen Isian Semula Hidrogen Mudahalih yang direka bentuk bagi menyokong mobiliti tenaga hijau; serta Model Reaktor Hidrogen Pepejal HyPER yang mewakili kemajuan terkini dalam penyimpanan dan penjanaan hidrogen.
Turut dipamerkan ialah Mi-GraphPrInk,iaitu teknologi dakwat inovatif berasaskan grafena dengan potensi aplikasi meluas dalam elektronik bercetak; peranti kaki prostetik mekanikal yang direka bentuk untuk meningkatkan kebolehgerakan individu berkeperluan khas; dan Bee Modular Box (BMB),satu penyelesaian teknologi pintar yang lestari bagi industri penternakan lebah. Kesemua inovasi ini mencerminkan keupayaan Malaysia dalam menghasilkan teknologi tempatan yang berdaya saing di peringkat antarabangsa.
Pameran tersebut juga memberi fokus kepada bidang seperti bioekonomi,hidrogen,nanoteknologi serta inovasi sosial,sekaligus mengukuhkan peranan Malaysia sebagai pemain aktif dalam agenda teknologi mampan di peringkat global.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur