2025-05-12 IDOPRESS

Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,10 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan dagangan lebih rendah pada minggu depan,didorong oleh perkembangan rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS) dan China akhir minggu ini,sekali gus merangsang permintaan terhadap dolar AS namun memberi kesan ke atas harga emas.
“Emas tetap terikat dengan kaitannya dengan dolar. Jika dolar AS meningkat susulan kemajuan perjanjian perdagangan,sama ada dengan China atau ekonomi ASEAN lain,emas sebaliknya berkemungkinan kembali ke paras sekitar US$3,300 setiap auns troy,” kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes kepada Bernama.
Bagaimanapun,beliau berkata jika dolar AS lemah dalam senario ketegangan perdagangan AS-China atau ketidakpastian dasar,emas mungkin melonjak semula ke arah US$3,350 setiap auns troy selepas emas kembali menjadi aset selamat terhadap risiko geopolitik.
"Rundingan dagangan AS-China di Switzerland pada hujung minggu ini sememangnya penting. Hasil yang konstruktif,sama ada pengurangan tarif hingga boleh menyokong dolar AS memandangkan aliran risiko mengutamakan aset AS selain menjadikan keadaan lebih jelas,” katanya.
“Jika rundingan itu gagal atau terhenti,jangkaan sentimen akan merosot dengan cepat dan berpotensi meningkatkan emas serta menjejaskan tawaran dolar AS pada akhir minggu," katanya.
Bagi asas Jumaat hingga Jumaat,kontrak bulan semasa Mei 2025 menokok kepada US$3,335.10 setiap auns troy daripada US$3,274.10 minggu sebelumnya.
Kontrak bagi Jun 2025,Julai 2025,Ogos 2025 dan Oktober 2025 meningkat kepada US$3,348.10 setiap auns troy daripada US$3,288.10.
Selain itu,jumlah dagangan mengukuh kepada 455 lot daripada 352 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 42 kontrak daripada 40 kontrak.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 8 Mei,harga emas fizikal berada pada US$3,352.30 setiap auns troy.- BERNAMA
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur