2025-05-12 IDOPRESS
Foto Fail
KUALA LUMPUR,11 Mei- Bursa Malaysia dijangka meneruskan aliran meningkat minggu hadapan,disokong oleh sentimen pelabur yang semakin pulih serta aliran masuk modal asing yang berterusan ke dalam pasaran tempatan.
Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors Sdn Bhd,Mohd Sedek Jantan berkata FBM KLCI berpotensi menguji paras rintangan 1,555 mata dan mampu mencecah 1,560 mata sekiranya momentum semasa dapat dikekalkan.
“Prospek jangka pendek kami disokong oleh beberapa faktor,termasuk nada hubungan Amerika Syarikat -China yang lebih diplomatik,peningkatan aliran masuk modal asing dalam aset Malaysia,serta kestabilan nilai ringgit,” katanya.
Pelabur juga dijangka memberi tumpuan kepada rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat dan China yang dijadualkan berlangsung pada 10 Mei di Geneva,Switzerland.
Sementara itu,Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd,Thong Pak Leng berkata,prestasi FBM KLCI kekal positif berikutan indeks masih berada di atas paras purata pergerakan 20 hari dan 50 hari dan menunjukkan trend kenaikan jangka pendek masih kukuh.
“Pertumpuan-Pencapahan Purata Pergerakan (MACD) kekal melebihi garis isyarat dengan histogram berkembang secara positif,memperlihatkan momentum meningkat. Petunjuk teknikal ini menunjukkan prospek pasaran yang membina dengan potensi peningkatan selanjutnya.
“Justerus,kami menjangkakan indeks akan berlegar antara 1,520 dan 1,560 minggu hadapan,selari dengan paras sokongan dan rintangan semasa,” katanya.
Bagi asas Jumaat kepada Jumaat,indeks utama meningkat 4.01 mata berbanding 1,542.49 pada minggu sebelumnya.
Indeks FBM Emas menokok 30.66 mata kepada 11,520.04,Indeks FBMT 100 naik 28.69 mata kepada 11,285.93,Indeks FBM Emas Shariah menambah 85.41 mata kepada 11,475.76,Indeks FBM 70 naik 39.16 mata kepada 16,313.70 dan Indeks FBM ACE meningkat 33.75 mata kepada 4,682.95.
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding mata wang utama
PropertyGuru perkenal Lencana Verified elak penipuan ejen hartanah
Mohd Na'im ucap takziah kepada keluarga Allahyarham Azizi Harun
Datuk Nor Yati Ahmad dilantik Profesor Adjung UiTM
PEWARIS platform pelihara seni bina warisan tempatan
Gagal patuhi syarat kemasukan, 26 warga asing dihalang masuk Malaysia
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur