2025-05-12 IDOPRESS

FOTO HIASAN / BERNAMA
KUALA LUMPUR,12 Mei- Pengeluar gula bertapis utama negara,MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM) berhasrat memulakan semula perladangan tebu di dalam negara untuk mengurangkan kebergantungan sepenuhnya kepada gula mentah import.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MSM,Syed Feizal Syed Mohammad berkata langkah itu dapat membantu pihaknya dalam menghadapi risiko global yang semakin meningkat seperti perubahan iklim,ketegangan geopolitik dan gangguan rantaian bekalan.
“Ya,MSM bergantung 100 peratus kepada gula mentah import,tapi (akan mengurangkannya) pada masa hadapan,insyaAllah. MSM sedang membuat kajian untuk memulakan semula perladangan tebu di Malaysia,” katanya dalam program ‘Bual Bisnes’ Bernama TV yang disiarkan pada Sabtu.
Beliau berkata Sarawak dan negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia dikenal pasti sesuai untuk perladangan tebu dalam skala lebih besar.
MSM pernah mengusahakan seluas kira-kira 4,000 hektar ladang tebu di Chuping,Perlis sejak 1970-an namun kegiatan itu dihentikan kerana skala tersebut tidak ekonomik,katanya.
Syed Feizal berkata di samping itu,syarikat itu juga sedang meneroka potensi gula alternatif seperti gula nira yang berasaskan palma,dalam usaha mengurangkan kebergantungan semata-mata kepada tebu.
Langkah itu berpotensi memenuhi keperluan pengguna dan cita rasa rantau Asia Pasifik,katanya.
“Di Eropah,mereka menggunakan ubi bit sebagai sumber bahan mentah alternatif,tapi,ini tidak bersesuaian dengan cita rasa bagi pasaran di rantau ini.
“Kami mungkin membuat kajian mengenai gula nira seperti daripada kelapa nipah dan lain-lain. Mungkin bukan berskala besar,tapi insya-Allah dapat memenuhi cita rasa pengguna yang gemar kepada rasa gula nira,” katanya.
Beliau berkata sumber bahan mentah alternatif merupakan sebahagian daripada strategi jangka masa panjang pihaknya untuk meningkatkan daya tahan rantaian bekalan serta menyesuai dengan trend pasaran yang berubah-berubah.- BERNAMA
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur