2025-05-13 HaiPress

Kes penyakit tangan,kaki dan mulut (HFMD) naik lebih 260 peratus tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu. Foto - BERNAMA / Gambar fail
PUTRAJAYA,13 Mei -Kementerian Kesihatan memantau rapi peningkatan kes penyakit tangan,kaki dan mulut atau HFMD di seluruh negara.
Setakat minggu ke-17 tahun ini,sebanyak 99,601 kes dilaporkan,berbanding lebih 27,000 kes dalam tempoh sama tahun lalu.
Selangor mencatat jumlah tertinggi,diikuti Johor,Perak,Kelantan dan Wilayah Persekutuan.
Daripada jumlah keseluruhan,2,649 wabak dikenal pasti,dengan kebanyakannya melibatkan taska,tadika dan pra-sekolah.
Tiada kematian dilaporkan,namun KKM ambil langkah segera termasuk menutup lebih 1,100 premis di bawah Akta 342.
Sebanyak 220 sesi townhall dan taklimat juga dijalankan bagi memperluas kesedaran awam.
Selaras dengan prinsip ‘Kesejahteraan’ Kerajaan MADANI,KKM komited menyalurkan maklumat berinformasi agar masyarakat kekal peka dalam membendung penularan HFMD dan penyakit berjangkit lain.
Perkongsian ini juga memenuhi nilai ‘Ihsan’ demi melindungi semua lapisan rakyat tanpa mengira latar pendidikan atau sosioekonomi.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur