2025-05-13 HaiPress

gambar hiasan / BERNAMA
KUALA LUMPUR,13 Mei- Fenomena jerebu berpotensi berlaku sekiranya pembakaran terbuka tidak terkawal sepanjang Monsun Barat Daya.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia),sepanjang musim tersebut taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat.
"Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei 2025 (Ahad) dan akan berterusan sehingga September 2025.
"Oleh itu elakkan pembakaran terbuka dan gunakan air secara berhemah," demikian menurut kenyataan MET Malaysia yang dikeluarkan hari ini.
Berdasarkan infografik dikongsi MET Malaysia,Monsun Barat Daya mempengaruhi corak cuaca.
Selain taburan hujan rendah,ia juga berpotensi menyebabkan berlakunya hujan lebat,angin kencang dan ribut petir di pantai barat Semenanjung,utara Sarawak serta barat Sabah.
Ini terutama pada awal pagi dan boleh berlarutan sehingga beberapa jam.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur