2025-05-13 HaiPress

KPDN Kedah embongkar kegiatan penyimpanan minyak diesel tanpa lesen atau permit yang sah di sebuah bengkel besi buruk dan pembaikan jentera berat hasil serbuan di sekitar Mergong,Alor Setar
ALOR SETAR,13 Mei- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah membongkar kegiatan penyimpanan minyak diesel tanpa lesen atau permit yang sah di sebuah bengkel besi buruk dan pembaikan jentera berat hasil serbuandi sekitar Mergong di sini semalam.
Pengarah KPDN dan Kos Sara Hidup Kedah Muhammad Nizam Jamaludin dalam satu kenyataan memaklumkan,operari kira-kira pukul 8.30 pagi itu mendapati seorang lelaki tempatan berumur 60-an berada di premis tersebut dan mengaku sebagai pemilik tempat kejadian.
Katanya pemeriksaan lanjut telah menemukan sejumlah minyak diesel yang disimpan di dalam premis tanpa lesen atau permit sah.
"Sejumlah 2,500 liter minyak diesel dianggarkan bernilai RM7,200 dan peralatan untuk memindahkan barang kawalan tersebut disita.
"Minyak diesel terbabit didapati diletakkan di dalam 13 tong drum berkapasiti 200 liter setiap unit," menurut kenyataan itu.
Jumlah sitaan dianggarkan bernilai RM7,790 ringgit dan kes disiasat bawah seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122).
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur