2025-05-13 HaiPress

Lapan maut,tiga cedera parah kemalangan libatkan kenderaan FRU di Teluk Intan.
IPOH,13 Mei - Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam kemalangan membabitkan trak dinaiki mereka dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus,Sungai Lampam,Teluk Intan,awal pagi tadi.
Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak,Sayani binti Saidon,trak FRU berkenaan membawa 15 anggota termasuk pemandu,sebelum bertembung dengan lori tersebut.
Beliau berkata,kemalangan menyebabkan sebahagian besar mangsa tersepit dan operasi menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.
Pusat Gerakan Operasi JBPM Perak menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 8.54 pagi.
Mangsa yang berjaya dikeluarkan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk tindakan lanjut.
Setakat ini,identiti mangsa yang terkorban masih belum didedahkan.
Manakala siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur