2025-05-13 HaiPress

Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei dan berterusan sehingga September ini
KUALA LUMPUR,13 Mei - Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 10 Mei dan berterusan sehingga September ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata sepanjang tempoh tersebut taburan hujan adalah rendah di kebanyakan tempat.
Menurut MetMalaysia,keadaan cuaca kering ini juga berpotensi menyebabkan berlakunya fenomena jerebu,sekiranya pembakaran terbuka tidak dikawal.
“Orang ramai dinasihatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka dan digalakkan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh Monsun Barat Daya ini,” menurut kenyataan itu pada Selasa.
MetMalaysia akan terus memantau perkembangan cuaca dan mengeluarkan amaran dari semasa ke semasa.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur