2025-05-13 HaiPress

Seorang lagi maut,angka korban nahas FRU meningkat sembilan orang.
IPOH,13 Mei - Seorang lagi anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disahkan meninggal dunia di Hospital Teluk Intan,menjadikan jumlah korban terkinikemalangan maut membabitkan trak FRU dengan lori muatan batu di Jalan Chikus,Sungai Lampam Teluk Intan,sembilan orang.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak,ACP Dr. Bakri Zainal Abidin memaklumkan,seorang anggota meninggal dunia di zon merah unit kecemasan hospital,manakala lapan lagi maut di lokasi kejadian.
Lima anggota FRU masih dirawat di zon merah akibat cedera parah,dan empat lagi dilapor cedera ringan ditempatkan di zon kuning.
Kemalangan awal pagi tadi itu dipercayai berlaku apabila trak yang membawa 15 anggota,termasuk pemandu,bertembung dengan lori sehingga menyebabkan sebahagian mangsa tersepit.
Identiti mangsa masih belum didedahkan dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.
BERITA BERKAITAN
8 anggota FRU maut,trak dinaiki bertembung lori muatan batu
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur