2025-05-13 HaiPress

Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
PUTRAJAYA,13 Mei - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bebas sepenuhnya menjalankan siasatan terhadap dua pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditahan dalam operasi khas Ops Outlander baru-baru ini.
Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya memberi kepercayaan penuh kepada SPRM dalam menjalankan siasatan dan tidak akan campur tangan dalam sebarang proses siasatan yang sedang dijalankan.
“Pertama,benarkan SPRM menjalankan tugas mereka dan buat saya di peringkat sebagai Menteri KDN,sama ada pegawai di pejabat KDN atau mana-mana agensi,SPRM ada 25 jam sehari untuk masuk dan menyiasat,lakukanlah tugas mereka sesuai dengan tanggungjawab mereka.
“Itu pendirian yang saya akan ambil dan saya konsisten dengan pendirian itu,” katanya ketika mengulas perkembangan siasatan melibatkan beberapa pegawai kementerian yang dipercayai terlibat dalam isu integriti dan salah guna kuasa.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Warga Kementerian Dalam Negeri bagi bulan Mei di Putrajaya hari ini.
Pada 8 Mei lalu,SPRM menahan dua pegawai KDN dan seorang wanita bagi membantu siasatan kes rasuah melibatkan urusan mempercepatkan permohonan pengesahan taraf warganegara (PTW).
Menurut laporan media,ketiga-tiga individu tersebut ditahan di Putrajaya antara pukul 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang.
Bagaimanapun,kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan selepas keterangan mereka diambil.
SPRM tidak menolak kemungkinan untuk memanggil semula ketiga-tiga individu tersebut bagi membantu siasatan yang masih berjalan.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur