2025-05-13 HaiPress
Gambar hiasan
KUALA LUMPUR,13 Mei - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini,disokong oleh sentimen positif daripada rundingan diplomatik antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengenai tarif AS,kata penganalisis.
Pada 8 pagi,mata wang tempatan meningkat kepada 4.2950/3170 berbanding dolar AS daripada 4.2970/3005 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) naik lebih satu peratus kepada 101.788 mata berikutanketegangan perdagangan antara AS dan China yang mereda.
“Ekuiti yang menjadi penanda aras meningkat dan hasil Perbendaharaan AS turut naik apabila sentimen mengambilrisiko semakin ketara.
“Sehubungan itu,ringgit dijangka diniagakan dalam jajaran kecil berikutan perjanjian perdagangan AS-China menunjukkan kejutan tarif dapat diuruskan dengan lebih baik melalui rundingan diplomatik dalam beberapa bulanakan datang,”katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkatatempoh penangguhan selama 90 hari yang dipersetujui oleh AS dan China untuk mengurangkan tarif ke atas barangan masing-masing akan menjana hasil yang lebih baik kepada banyak negara,termasuk Malaysia.
DilaporkanAS dan China bersetuju untuk menurunkan tarif ke atas barangan masing-masing selama 90 hari yang akan datang,sekali gus memberi isyarat kemungkinan ketegangan dalam perang perdagangan akan mereda.
Sebagai sebahagian daripada perjanjian yang dicapai dalam rundingan di Geneva pada hujung minggu lepas,AS akan mengurangkan tarif tambahan ke atas produk China daripada145 peratus kepada 30 peratus manakala China akan menurunkan tarif ke atas import AS daripada125 peratus kepada 10 peratus.
Pada sesi pembukaan,ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama dan negara-negara ASEAN.
Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada2.8981/9132 daripada 2.9565/9591 semasa ditutup pada Jumaat lepas,naik berbanding euro kepada 4.7666/7910 daripada 4.8320/8359 dan menambah berbanding pound kepada 5.6608/6898 daripada 5.7004/7050 sebelum ini.
Berbanding mata wang ASEAN,ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.2902/3078 daripada 3.3095/3124 pada Jumaat lepas dan meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 258.6/260.0 daripada 260.0/260.4 sebelum ini.
Mata wang tempatan naik berbanding peso Filipina kepada 7.73/7.79 daripada 7.74/7.76 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8577/9348 daripada 13.0082/0267 sebelum ini. - BERNAMA
Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham mewah
Amal by Malaysia Airline jalin kerjasama strategik bersama 13 agensi umrah
Ringgit terus mengukuh pada sesi awal menjelang pengumuman KDNK
Nahas FRU: Pemandu lori didakwa memandu berbahaya, mengaku tidak bersalah
40 lokasi lintasan gajah dilengkapi papan tanda amaran, lampu jalan
Laksana tanggungjawab dengan berintegriti - Tunku Mahkota Ismail
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur