2025-05-13 HaiPress

Kedudukan Malaysia sebagai rakan dagang strategik mengukuh
KUALA LUMPUR,13 Mei - Isu tarif yang sedang dirundingkan antara Malaysia dan Amerika Syarikat amat penting bagi mewujudkan diplomasi ekonomi antara kedua-dua negara dan mengelak perang tarif daripada berlanjutan.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM,Dr. Mazlan Che Soh berpandangan,rundingan akan memberi impak kepada keyakinan pelabur dan kedudukan Malaysia di peringkat global sebagai rakan dagang yang strategik.
"Bila kita bersedia berunding,ini memberikan cerminan bahawa Malaysia berusaha untuk mewujudkan suatu 'certainty' ataupun kepastian dalam kalangan pelabur dan tentu sekali rundingan yang kita buat ini akan dapat memperkukuhkan kerjasama ekonomi. Amerika Syarikat sebagai rakan dagang utama Malaysia akan lebih selesa apabila kita mengambil langkah ataupun pendekatan secara berunding.
"Kita jangkakan bahawa rundingan ini hendaklah dilihat lebih kepada kerjasama secara jangka panjang dan untuk menjadikan satu perjanjian perdagangan yang lebih menyeluruh dapat kita wujudkan. Kita yakin bahawa Malaysia ada kekuatan sebab negara kita antara pengeluar cip utama di dunia iaitu hampir 10 peratus daripada pasaran global," katanya.
Beliau turut optimis rundingan yang sedang berlangsung ini bakal mewujudkan suatu kadar tarif yang berpatutan dan saling menguntungkan.
Ia sekali gus,membuka peluang kepada perjanjian perdagangan yang lebih mampan dan menyeluruh pada masa hadapan.
Australia bincang dengan Petronas, pacu kerjasama dalam bidang tenaga
Tiga inisiatif untuk penternak, pesawah, petani di Melaka
JBPM kesan 11 panggilan palsu di Pulau Pinang
Malaysia utamakan keperluan bahan api domestik berbanding eksport
CIMB, DBKL perkasa pembangunan ekonomi Kuala Lumpur
Selangor peruntuk RM130.42 juta perkukuh daya tahan hadapi kesan krisis global
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur