2025-05-13 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,13 Mei - Malaysia masih bebas daripada jangkitan bakteria Streptococcus suis yang berpunca daripada ternakan babi.
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memaklumkan,pihaknya menerima pelbagai reaksi berhubung laporan media tempatan Thailand mengenai kematian melibatkan manusia akibat jangkitan bakteria tersebut yang dikesan di negara itu baru-baru ini.
“Penyakit ini,yang dikenali sebagai streptococcosis atau turut digelar deafness fever dalam kalangan manusia,telah mencetuskan amaran kesihatan awam di Thailand. Namun,sehingga kini,tiada sebarang wabak penyakit babi disebabkan bakteria Streptococcus suis dikesan di Malaysia,” menurut DVS menerusi kenyataan.
Bakteria Streptococcus suis merupakan patogen utama yang menyebabkan penyakit streptococcosis dalam kalangan ternakan babi,khususnya anak babi selepas tempoh bercerai susu.
Penyakit itu diklasifikasikan sebagai zoonotik iaitu penyakit yang boleh menjangkiti manusia melalui luka terbuka yang terdedah kepada darah atau cecair badan daripada babi yang dijangkiti,atau melalui pengambilan daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna.
DVS menegaskan pihaknya sentiasa memantau situasi semasa dan kekal komited dalam memastikan kesihatan haiwan serta keselamatan makanan berasaskan haiwan terus terpelihara demi melindungi kesihatan awam veterinar dan kesejahteraan rakyat.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur