2025-05-13 IDOPRESS

Sesi sembah mengadap hormat di Kem Bukit Keteri,Perlis
BESERI,13 Mei- Pasukan Simpanan Tentera Darat Malaysia akan melakukan beberapa langkah penambahbaikan akan dilaksanakan secara berperingkat dalam memperkukuh kesinambungan usaha-usaha terdahulu.
Asisten Panglima Bahagian Pasukan Simpanan,Markas Tentera Darat Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif Che Ahmad berkata,langkah-langkah tersebut termasuk penambahbaikan modul latihan,penawaran insentif dan elaun lebih kompetitif,kerjasama strategik dengan Institusi Pengajian Tinggi (IPT),kempen kesedaran dan promosi lebih meluas,serta pemodenan kelengkapan dan kemudahan latihan.
Raja Muda Perlis,Brigedier Jeneral Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dipersembahkan perkara itu dalam sesi sembah mengadap hormat yang diadakan di Kem Bukit Keteri,Perlis.
Sesi mengadap itu bertujuan untuk membincangkan pelan transformasi dan langkah-langkah strategik bagi memastikan pasukan Rejimen Askar Wataniah sentiasa bersedia,relevan,dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada masa hadapan.
Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Komander Rejimen 504 Askar Wataniah merupakan Komander paling lama dalam kalangan komander-komander rejimen siri 500 Tentera Darat Malaysia di seluruh negara pada masa ini.
Mejar Jeneral Datuk Mohammad Razeif yang berasal dari Kampung Utan Kandis,Arau,Perlis mengambil alih jawatan tersebut daripada Mejar Jeneral Abdul Rahman A Wahab yang juga berasal dari Kangar,Perlis baru-baru ini.
Beliau mempunyai pengalaman berkhidmat selama lebih 37 tahun bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan telah menyumbang secara signifikan dalam pelbagai jawatan penting.
Antaranya beliau pernah bertugas sebagai Timbalan Komander Rejimen 508 Askar Wataniah,Komandan Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) dan Pengarah Akademi Tentera Darat (ATD).
Sumbangan beliau juga diiktiraf melalui beberapa kenaikan pangkat,termasuklah dinaikkan pangkat ke Brigedier Jeneral pada Mac 2023,serta dilantik sebagai Penasihat Ketenteraan kepada dua Menteri Pertahanan Malaysia iaitu Datuk Seri Mohamad Hasan dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur