2025-05-13 IDOPRESS

Program CSR LHDN Prihatin di Pos Balar,Gua Musang,Kelantan
GUA MUSANG,13 Mei- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) terus memperkukuh komitmen terhadap agenda pembangunan komuniti dan tanggungjawab sosial orang asli di kawasan pedalaman melalui pelaksanaan inisiatif rintis Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) merangkap Komandan Kor Penyelaras Pasukan Beruniform (KPPU) LHDN Khairul Halimin Abdul Halim berkata,inisiatif di Pos Balar,Gua Musang itu selari dengan hasrat kerajaan.
"Pelaksanaan program ini adalah selari dengan amanat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Perhimpunan Kementerian Kewangan Malaysia pada 13 Mac lalu.
"Amanat tersebut menekankan kepentingan memperluas pelaksanaan program Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI yang melibatkan kerjasama antara agensi kerajaan,swasta dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam memacu kemampanan dan kesejahteraan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis perasmian dan penyampaian sumbangan Program CSR LHDN Prihatin yang berlangsung pada 9 hingga 12 Mei di Pos Balar,Kelantan.
Program berkenaan mendapat kerjasama strategik antara KPPU LHDN,LHDN Negeri Kelantan,dan Sekolah Kebangsaan (SK) Balar.
Program berkenaan turut dihadiri Ketua Penolong Pengarah Unit Pengurusan Asrama Harian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Nur Wahidah Othman; Guru Besar SK Balar Mohd Fadzeli Ibrahim dan Pengarah HASiL negeri Kelantan merangkap Pengerusi bersama Program CSR HASiL Prihatin Zulat’fi Mohamad.
Ia turut dihadiri pegawai-pegawai kanan LHDN,KPM,Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan,Tok Batin Pos Balar,tetamu jemputan,para guru,ibu-bapa dan murid-murid SK Balar.
Pelbagai aktiviti diadakan pada program berkenaan termasuk libat urus bersama warga SK Balar,kaunter semakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan khidmat nasihat percukaian.
Pada masa sama LHDN komited dalam memainkan peranan aktif bertemu komuniti luar bandar dan memperkukuh pembangunan pendidikan,sejajar dengan aspirasi Malaysia MADANI.
Inisiatif itu sekali gus menjadi pemangkin kepada kesejahteraan serta kemajuan masyarakat secara menyeluruh pada masa depan.
iCAUR Melakukan Kemasukan Strategik ke Asia Tengah: Mengumumkan Pelancaran Global V27 di UAE
Hefei Spring Festival Gala Sub-Venue: Understanding the City's “Union” Through Four Moments of Palms Meeting
Websea Lancar Seni Bina "Double Pool" Insurans Kontrak: Memulakan Era Baharu Pengurusan Risiko Terperinci
J.P. MorganTradeflow:革新您的交易體驗
EP雅瑩攜東方美學深耕東南亞市場,以服飾為橋共迎新春
Websea Naik Taraf Insurans Kontrak: Jaminan Menyeluruh Terhadap Risiko Dagangan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur