2025-05-13 IDOPRESS

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching bergambar bersama para pelajar pada program Jom Baca Bersama Peringkat Kementerian Komunikasi di Dewan Serbaguna Kementerian Komunikasi hari ini / BERNAMA
PUTRAJAYA,13 Mei- Dalam usaha memperkukuh keselamatan digital dalam kalangan generasi muda,Kementerian Komunikasi melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan terus meluaskan pelaksanaan Kempen Internet Selamat ke lebih banyak sekolah rendah,sekolah jenis kebangsaan,serta universiti awam di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
Timbalan Menteri Komunikasi,Teo Nie Ching,memaklumkan setakat ini,kempen tersebut telah berjaya dilaksanakan di sembilan buah sekolah rendah.
Menurutnya,pelaksanaan akan dilakukan secara berperingkat dengan usaha melatih lebih ramai jurulatih bagi memastikan capaian kempen dapat diperluaskan ke lebih banyak institusi pendidikan secara menyeluruh.
“Saya rasa kesedaran murid-murid kita,pelajar-pelajar kita dan masyarakat umum tentang risiko yang wujud dalam dunia maya ini sangat penting.
"Sebab itu,tahun ini MCMC akan memainkan peranan yang lebih aktif dengan menganjurkan lebih banyak program berkaitan keselamatan internet di sekolah,” katanya selepas merasmikan Program Jom Baca Bersama 2025 di Putrajaya.
Tambah beliau,kepentingan kempen tersebut terbukti apabila MCMC telah mengenal pasti dan menurunkan sebanyak 10,493 kandungan palsu serta 30,427 kandungan scam daripada pelbagai platform dalam talian setakat 15 April 2025.
Program Jom Baca Bersama merupakan acara tahunan bersempena sambutan Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia,yang bertujuan memupuk budaya membaca,menggalakkan pemikiran kritis,dan memperkukuh literasi maklumat dalam kalangan rakyat Malaysia.
FELCRA terima dividen RM28.1 juta
Pesawah terjejas banjir digesa daftar segera Skim Takaful Tanaman Padi
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu prestasi pasaran serantau
Banjir di Perlis semakin surut, hanya 331 orang di 4 PPS
Kereta junam ke sungai, tukang masak maut
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur