2025-05-13 IDOPRESS

Fokus pameran kali ini adalah bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam era teknologi pertahanan moden
KUALA LUMPUR,13 Mei – Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang dijadual berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini bakal memberi tumpuan kepada teknologi tanpa pemandu serta aplikasi dalam domain siber dan elektromagnetik.
Panglima Tentera Laut,Laksamana Datuk Dr. Zulhelmy Ithnain berkata,fokus pameran kali ini adalah bagi memastikan Malaysia tidak ketinggalan dalam era teknologi pertahanan moden yang berkembang pesat di peringkat global.
Antara teknologi yang akan dipamerkan termasuk fron sistem pesawat tanpa pemandu atau Unmanned Aerial Vehicle (UAV) dan kenderaan permukaan tanpa pemandu atau Unmanned Surface Vehicle (USV),yang kini menjadi elemen penting dalam operasi ketenteraan dan pemantauan.
“Ini adalah satu teknologi yang sedang berlaku di sekeliling kita,kita tidak boleh ketinggalan termasuk AI yang kita belum tahu kesan dalam kehidupan sehari-sehari,” katanya ketika ditemui RTM selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di sini,hari ini.
Dalam pada itu,beliau turut menekankan domain siber dan elektromagnetik merupakan dua ruang operasi moden yang kini giat diteroka meski masih belum difahami sepenuhnya.
Menurutnya,kedua-dua bidang itu dijangka menjadi medan baharu dalam strategi ketenteraan masa hadapan.
Ini sekali gus menuntut perhatian serius daripada semua pihak terutamanya dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.
USTEU will showcase its full scenario charging solution at ENERtec ASIA 2026 in Malaysia
GSF 2.0: Malaysia-Turkiye bekerjasama bawa pulang 29 rakyat Malaysia
Perhebat usaha diplomatik, bebas 29 rakyat Malaysia ditahan Israel
535 warga kerja sektor penyiaran dan komunikasi terima APC
RUU warga emas dibentang pada sesi parlimen akan datang
Wanita maut, anak parah dirempuh lori
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur