2025-05-13 IDOPRESS

Kenderaan membawa 15 anggota FRU termasuk penumpang dan pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan,semalam.
KUALA LUMPUR,13 Mei — Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail merakamkan ucapan takziah kepada keluarga sembilan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) yang maut dalam nahas tragik di Jalan Chikus–Sungai Lampam,di Teluk Intan pagi tadi.
Beliau menyifatkan insiden tersebut sebagai satu kehilangan besar kepada negara memandangkan kesemua anggota terbabit telah berkhidmat dengan penuh dedikasi dalam menjaga keamanan dan keselamatan rakyat.
“Saya menerima perkhabaran duka mengenai kemalangan tragik yang meragut sembilan lapan anggota FRU. Pemergian mereka adalah satu kehilangan besar buat negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
Beliau turut menzahirkan doa agar seluruh keluarga mangsa diberikan ketabahan dan kekuatan dalam menghadapi ujian ini.
“Semoga Allah SWT mengampunkan dosa-dosa mereka,menempatkan roh mereka bersama yang beriman dan menganugerahkan pahala atas segala jasa serta sumbangan para wira ini kepada negara. Al-Fatihah,” katanya.
Terdahulu,media melaporkan sekurang-kurangnya lapan anggota FRU maut selepas trak dinaiki bertembung lori muatan batu di Jalan Sungai Lampam,Teluk Intan pagi tadi.
Difahamkan,kenderaan membawa 15 anggota FRU termasuk penumpang dan pemandu itu dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas tugas kawalan Op Chariot di Teluk Intan,semalam.
Membina Jambatan Dialog Berterusan: Memacu Proses Kemasukan Anmrex dan Merealisasikan Penyelarasan Pematuhan Dua Hala
Building a Normalized Dialogue Bridge: Advancing Anmrex Admission Process and Achieving Two-Way Compliance Alignment
CON-FEST 2026 himpun lebih 300 pengiat industri kreatif global
Jiwa@Komuniti MADANI eratkan hubungan kerajaan dengan masyarakat Endau
Sistem kesihatan awam sedia ada masih relevan, NHI tidak diperlukan
Integrasi rapat klinik kerajaan-swasta tangani beban NCD
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur