2025-05-13 IDOPRESS

Pemandangan di Lebuhraya WCE
KUALA LUMPUR,13 Mei- Lembaga Lebuhraya Malaysia dan Jabatan Kerja Raya akan memastikan setiap jalan raya serta lebuh raya baharu selepas ini direka bentuk dan dibina dengan terowong hidupan liar bagi mewujudkan laluan selamat untuk haiwan berkenaan.
Kementerian Kerja Raya (KKR) menerusi kenyataan mengambil contoh pembinaan terowong berkenaan oleh Lebuhraya Persisiran Barat (WCE) di jajaran Taiping Selatan-Bruas setelah mendapat khidmat nasihat dan persetujuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
“Syabas dan terima kasih kepada syarikat konsesi WCE yang melestarikan laluan khusus terowong bawah lebuh raya untuk membolehkan habitat hidupan liar bergerak dari satu kawasan hutan ke hutan lain,melintasi lebuh raya dengan selamat," menurut kenyataan itu.
Selain itu,KKR memaklumkan kerjasama erat antara kementerian dengan Jabatan Perhilitan akan diteruskan bagi memastikan pemeliharaan hidupan liar sentiasa dipertingkatkan.
“Besar harapan kami supaya pemandu kenderaan memperlahankan kelajuan dan berhati-hati ketika melewati lokasi pintasan hidupan liar yang telah dikenal pasti melalui papan tanda dan lampu jalan,” menurut KKR- BERNAMA
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur