2025-05-13 IDOPRESS

Foto Hiasan / Bernama
PUTRAJAYA,13 Mei – Sektor perdagangan borong dan runcit negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM154 bilion pada Mac 2025,dengan pertumbuhan 5.7 peratus berbanding bulan sama tahun lalu.
Menurut Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin,peningkatan itu disumbangkan terutamanya oleh prestasi kukuh dalam subsektor perdagangan runcit dan borong.
“Perdagangan runcit mencatatkan jumlah jualan sebanyak RM67.0 bilion,meningkat RM4.2 bilion,bersamaan pertumbuhan 6.6 peratus tahun ke tahun. Sementara itu,perdagangan borong pula mencatatkan jualan RM67.8 bilion,bertambah RM3.7 bilion atau pertumbuhan 5.7 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau,peningkatan dalam segmen perdagangan runcit banyak dipacu perbelanjaan berkaitan perayaan serta inisiatif bantuan tunai yang diberikan kepada rakyat.
Bagi segmen perdagangan borong pula,pertumbuhan disokong permintaan lebih tinggi terhadap barangan isi rumah dan makanan.
“Subsektor kenderaan bermotor juga menunjukkan pertumbuhan stabil,dipacu oleh peningkatan jualan dan pendaftaran kenderaan hasil pelbagai promosi sempena musim perayaan,” ujarnya.
Dr. Mohd. Uzir turut menjangkakan sektor tersebut akan terus mengekalkan momentum pertumbuhan,disokong oleh permintaan domestik yang berdaya tahan dan sentimen pengguna yang positif secara berterusan.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur