2025-05-13 IDOPRESS

EV tersebut dijamin mematuhi standard keselamatan tinggi yang diperakui badan profesional. - Foto Bernama
SERDANG,12 Mei - Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) sentiasa mengutamakan aspek keselamatan tinggi dan keselesaan kepada para pelanggan bagi pengeluaran kenderaan elektrik (EV) pertamanya.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua,Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad memberi jaminan EV tersebut mematuhi standard keselamatan tinggi yang diperakui badan profesional.
"Dan bagi kami di pihak Perodua,yang pertama sekali memang keselamatan diutamakan. Jadi oleh kerana itu kita kena pastikan semua kereta selamat dari segala sudut. Jadi diharapkan kereta yang akan dikeluarkan nanti Insya-Allah akan memenuhi segala aspek keselamatan yang kita dah pilih. Insya-Allah diharapkan tidak berlaku kepada kereta-kereta kita," katanya selepas majlis pelancaran Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) di Malaysia Autoshow 2025 di sini.
Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan,Perdagangan dan Industri (MITI),Datuk Hanafi Sakri dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif,Robotik dan IoT Malaysia (MARii),Azrul Reza Aziz.
Terdahulu,MARii memperkenalkan Skim Pelabelan NxGV sukarela bagi menyediakan rangka kerja jelas dan telus menilai kenderaan berdasarkan kecekapan tenaga,pelepasan karbon,keselamatan,ketersambungan serta ciri-ciri pintar.
Sebelum ini media melaporkan,Perodua merancang untuk memperkenalkan EV pertamanya ke pasaran sebelum hujung tahun ini,yang akan ditawarkan pada harga bawah RM80,000.
Prasarana bina generasi tenaga mahir pengangkutan awam melalui Program T-GEAR
Isu rumah ibadat perlu ditangani harmoni – KPN
Pendekatan damai mencerminkan kematangan rakyat Malaysia tangani perbezaan
Kos haji kekal: Beri peluang umat Islam tunai haji serta rancang kewangan
ABU DBS 2026 kembali, himpun penggiat industri penyiaran 30 Mac-2 April
PETRA perkukuh kesiapsiagaan banjir menjelang Aidilfitri
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur