2025-05-15 HaiPress

Bentuk personaliti beradab dan berakhlak
BANGI,14 Mei - Umat Islam disaran untuk menghayati surah Al- Hujurat sebagai panduan bagi membentuk personaliti yang beradab dan berakhlak.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr. Zulkifli Hasan berkata surah tersebut amat relevan untuk membimbing umat Islam dalam hidup bermasyarakat.
"Kalau tadi dalam penceritaan dan huraian daripada penceramah,surah Al Hujurat memberi panduan dan bimbingan tentang adab terhadap Allah SWT,Rasullullah SAW dan manusia tidak kira setinggi manapun ilmu yang kita miliki," ujarnya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri siri jelajah Usrah Madani 9.0 bertemakan ‘Adab Hidup Bermasyarakat : Pedoman Tadabbur Surah Al-Hujurat di Universiti Islam Selangor.
Ia disampaikan oleh ulama hadith tersohor Asy Syaikh Majd Makki dari Syria yang dijadualkan menyampaikan ilmu hadith dan tafsir di beberapa buah negeri sehingga 17 Mei ini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur