2025-05-15 HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA
MOSCOW,15 Mei- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka akan menyampaikan syarahan umum di Moscow State Institute of International Relations (MGIMO).
Datuk Seri Anwar akan menyampaikan syarahan bertajuk "Bridging Worlds in a Fractured Age" dan diikuti dengan sesi soal jawab.
Beliau dijangka tiba kira-kira pukul 9.15 pagi waktu tempatan dan akan disambut oleh Rektor MGIMO,Prof. Anatoly Torkunov.
Perdana Menteri juga dijadual melihat gambar arkib dan dokumen yang disediakan khusus bagi sejarah hubungan Malaysia-Rusia.
Pertemuan santai juga akan diadakan bersama rektor institusi tersebut.
Selepas itu,Perdana Menteri dijadual ke Kazan bagi menghadiri Kazan Forum sehingga 16 Mei.
Sultan Pahang titah solat hajat di semua masjid, doa jerebu Sarawak pulih
Taska di Sarawak tutup serta-merta jika IPU cecah 200
Sambutan Hari RTM ke-80, Bulan Kebangsaan 2026 di Terengganu meriah
Mansuh AUKU: Mahasiswa mahu kebebasan bersuara seiring tanggungjawab
PM Anwar, isteri hayati seni batik Brunei
Sukan Bendang disertai lebih 2,000 peserta, perkukuh perpaduan
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur