2025-05-15 HaiPress

Foto Facebook Zahid Hamidi
KUALA LUMPUR,15 Mei - Hari Belia Negara yang diraikan hari ini merupakan manifestasi penghargaan kerajaan terhadap peranan dan sumbangan besar golongan belia dalam pembangunan negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata generasi muda kini semakin matang,berilmu serta memiliki daya fikir tinggi dalam mendepani cabaran semasa yang semakin kompleks dan mencabar.
"Atas kesedaran ini,kerajaan terus memperkasa pelbagai inisiatif bagi meluaskan peluang pembangunan belia termasuk dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),keusahawanan,ekonomi hijau dan ekonomi digital,agar anak muda kita bukan sahaja mampu bersaing,malah bersedia memimpin perubahan masa hadapan," katanya menerusi satu hantaran di Facebook rasmi miliknya.
"Saya yakin belia hari ini adalah pencorak masa depan. Teruslah melangkah dengan yakin dan menyumbang dengan semangat yang tinggi kerana masa depan negara ini amat bergantung kepada keberanian dan kebijaksanaan kalian," katanya.
Sambutan Hari Belia Negara pada setiap 15 Mei dipenuhi dengan pelbagai pengisian di seluruh negara dan ‘Yakin Boleh’ dipilih sebagai tema sambutan tahun ini.
GAC Menjadi Rakan Rasmi Jelajah Pra-Musim Chelsea FC di Hong Kong dan Malaysia
Empat langkah tangani krisis air sawah Perak Tengah
KPT sokong inisiatif MAHSA, Micro-Credential jadi pemangkin ‘upskilling’
AS digesa tarik balik tekanan terhadap Malaysia
Peruntukan pertahanan meningkat 35 peratus, tertinggi dalam sejarah
Karnival Masjid Negara 2026 perkasa masjid sebagai pusat komuniti
©hak cipta2009-2020 Forum Teknologi Malaysia Timur